SYARAHAN SPONTAN AGAMA


Assalamualaikum semua!

Dalam entri blog saya kali ini, saya akan kongsikan beberapa tips yang dapat diaplikasikan dalam Syarahan Spontan Bahasa Melayu dan juga pengalaman saya menyertai pertandingan tersebut. Terima kasih kerana sudi membaca J

~ ~ ~ ~

TIPS SYARAHAN SPONTAN

1.    HURAIAN YANG RINGKAS DAN PADAT BAGI SETIAP ASPEK

Bagi setiap aspek yang akan dikupaskan, elakkan daripada mengulas terlampau panjang bagi mengelakkan daripada terkandas dari mauduk syarahan yang diberikan.

2.    MINIMUMKAN PENGGUNAAN AYAT BAGI SETIAP ASPEK

Tips kedua ini berkait rapat dengan tips yang pertama tadi supaya ulasan yang disampaikan tidak lari daripada mauduk. Bagi memudahkan lagi para pensyarah, setiap aspek yang dikupaskan perlu mengandungi maksimum 5 ayat iaitu,

a.    Ayat pertama   : Tajuk aspek
b.    Ayat kedua      : Konsep atau penerangan kepada aspek
c.    Ayat ketiga      : Nas yang berkaitan dengan aspek
d.    Ayat keempat  : Isu semasa yang berkaitan dengan aspek
e.    Ayat kelima     : Kesimpulan aspek

3.    TENANG DAN TIDAK MENGEJAR MASA

Tips ini penting bagi mengelakkan tersasul dan memastikan pendengar dan para juri mendengar dengan jelas dan setiap aspek yang disampaikan akan mudah difahami.

4.    FOKUS PADA ASPEK

Ini bermakna, salutasi tidak memainkan peranan yang besar. Kebiasaannya, masa yang diperuntukkan bagi Syarahan Spontan ini adalah diantara 3-5 minit. Apabila anda memulakan syarahan dengan salutasi yang terlalu panjang, anda akan membazirkan masa yang banyak dan dikhuatiri tidak mempunyai masa yang cukup bagi menghuraikan aspek. Ingat, pengiraan markah adalah lebih tinggi pada bahagian aspek.

5.    GUNAKAN KATA PINJAMAN BAHASA ARAB

Saya ingin menumpukan tips ini khas kepada mereka yang sudah handal dalam berkata-kata lebih-lebih lagi para pemidato dan pendebat. Sebagai contoh, perkataan ‘mauduk’ perlu menggantikan perkataan ‘tajuk’. Hal ini kerana penggunaan kata ini lebih sesuai untuk digunakan dalam penghuraian tentang aspek agama.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan syarahan, disarankan agar tidak menggunakan bahasa yang gramatis. Cukup sekadar menghuraikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh semua. Apabila sudah biasa, barulah mula untuk menggunakan kata yang lebih gramatis.

6.    CARI NAS YANG MEMPUNYAI KONTEKS YANG MELUAS

Maksudnya, kumpulkan nas-nas yang boleh dikaitkan dengan pelbagai aspek supaya memudahkan lagi proses penghafalan nas.

~ ~ ~ ~

CONTOH-CONTOH TAJUK SYARAHAN SPONTAN

1.    MUAMALAT ISLAM PEMANGKIN NEGARA MAJU

2.    AKIDAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

3.    AKHLAK RASULULLAH CONTOH TERBAIK UMMAH

4.    IBADAT TERPELIHARA, RAKYAT SEJAHTERA

5.    SIRAH RASULULLAH CONTOH UNGGUL

Dan banyak lagi tajuk. Penting untuk menguasai tajuk-tajuk yang basic seperti ini. Hal ini kerana aspek-aspek dalam tajuk ini mempunyai konteks yang meluas.

~ ~ ~ ~

PENGALAMAN MENYERTAI SYARAHAN SPONTAN


 Pada bulan Oktober yang lepas, Sekolah Berasrama Penuh telah menganjurkan Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan buat julung kalinya bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti Nasyid, Khat, Tilawah al-Quran dan Syarahan Spontan.

Setiap sekolah boleh menghantar sama ada peserta lelaki atau perempuan bagi mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut dan sekolah saya (Sekolah Menengah Sains Gua Musang) mengamanahkan saya untuk mewakili sekolah. Agak gementar juga pada awalnya kerana senarai tajuk-tajuk tidak diberikan dan bergantung kepada pengetahuan dalam subjek silabus tingkatan 1 ingga tingkatan 4 sedangkan saya baru berada di tingkatan 2. Tambahan pula, sekolah saya pada ketika itu ialah SBP baru dan hanya mempunyai pelajar bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Perkara pertama yang dilakukan setibanya di Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah mendaftarkan penempatan dan membuat cabutan undi giliran mengikut saringan. Saya mendapat penempatan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin dan giliran nombor 17. Agak letih juga ketika menunggu giliran sampaikan sempat lagi untuk tidur.

Setibanya giliran saya, saya perlu menunggu diluar dahulu sebelum nama dipanggil dan perlu mengambil salah satu daripada sampul sebelum diberikan kepada pengacara majlis. Selepas tajuk saya diumumkan iaitu ‘Muamalat Islam Pemangkin Negara Maju’. Habis tergelak pada ketika itu. Satu tajuk yang tidak saya jangkakan untuk dipertandingkan. Sejujurnya kali terakhir saya mendengar perkataan itu adalah semasa Penilaian Sekolah Rendah Agama ketika 2015. Masa itu memanglah mendapat pangkat Mumtaz dengan peratusan yang tinggi namun setelah 2 tahun, agak samar maksudnya.

Saya mengambil sepenuhnya masa yang diperuntukkan untuk persediaan bagi mengingati semula makna ‘Muamalat’ dan naik ke pentas tanpa sebarang isi ditangan. Jadi, segala aspek yang dihuraikan semuanya difikirkan di atas pentas. (Huhu)

Pengajarannya, bagi menguasai syarahan spontan ini, anda juga perlu menelaah tentang Pendidikan Syariat Islamiah, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah juga Pendidikan Islam. Don’t stressed out yourself. Sebenarnya, syarahan ini amat seronok. Kerana melalui pendedahan ini, banyak pengetahuan berguna.

~ ~ ~ ~

Saya harap perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu anda serba sedikit dalam Syarahan Spontan. Sebenarnya, Syarahan Spontan ini amat menarik tau. So, don’t lose hope. Memang susah pada awalnya ;)

Leave some comments :)

Sekian, wasalam..

Comments

Popular Posts